Sunday, October 21, 2012

Suatu Masa Dahulu

Kisah perang dengan kegemukan ni bermula time zaman sekolah rendah lagi. Masa sekolah rendah dah sedar saiz badan lagi besar dari kawan2 lain. Siap ade budak2 laki yang cakap "Rezita bontot besar!".

ㅠㅠ

Tapi ye la, zaman hingusan dulu mana kesah sangat pasal nak turunkan berat ni. Tau nak makan je. Family lak suka je sumbatkan makanan dalam mulut. Family pun selalu je cakap jangan membazir makanan. So, mana2 je makanan yang letak dalam pinggan, sume gerenti licin. Kalau lauk favourite, gerenti tambah nasi.

Masuk sekolah menengah, masih lagi tade kesedaran nak kurus. Makan pun belasah je. Rasa nak makan mee goreng satu pinggan waktu rehat, belasah jer. Tambah pulak dengan milo ais segelas. Saya dari dulu lagi tak pernah aktif dalam sukan. Ade je alasan setiap kali ada hari sukan or latihan kawad. Konon ada extra class laa, extra music training la. Mana la badan tak dipam-pam.

Saya yang pegang camera. Ini gambar ketika Form 4. Tengok la kawan2 lain semua kecik2 jer.

Dulu pernah la suka kat sorang lelaki ni kat sekolah menengah. Ada la kawan2 dia bagitau kat budak lelaki tu. Budak tu beria la cari yang mana satu minah yang suka die ni. Bile die dah kenal, terdengar la pulak die cakap kat kawan die, "Rezita tu? Taknak lah. Gemuk." OK. Sedih. Tapi tak kesah sangat pun. Selalu je pikir, ala takpe gemuk asalkan happy dan dapat makan sedap-sedap tiap-tiap hari.

Senangnye pemikiran time muda-muda dulu.

Bila dah masuk uni, kesedaran dah timbul sikit. Start la diet ntah pape. Lagipun time tu nak simpan duit nak beli handphone jugak. So dalam diet tu dapat la jugak simpan duit. Menu hari2, biskut kering dan roti makan dengan jem. Konon nak sihat beli jem yang sugar free. Kalau makan nasi pulak, sikit sangat. Lauk pun sikit. Sayur pulak tak ambil. Sangat tak sihat. Dalam beberapa bulan, turun la dalam 8kg. Tapi bila cuti sem je, mak sumbat balik dengan makanan sedap. Akhirnya, handphone baru tu dapat la tapi berat pulak naik balik. Kalau setakat naik 8kg tu, boleh tahan lagi. Ni ade pulak tambahan lagi 3kg. Tak ke rasa nak nanges.

Ni gambar first year kat uni. Comel kan? *sobs*

Dekat2 final semester mula la berjinak dengan jogging kat kampus. Tapi tu pun hangat-hangat tahi ayam. Berapa kali je pegi jogging. Pastu give up jugak.

Masa zaman sekolah and uni dulu takde duit nak beli product kelangsingan ni. So niat nak kurus tu berkubur je la.

Nak dijadikan cerita, lepas je final semester, rasa tergerak hati nak timbang berat. Dulu saya tak gila sangat dengan nak timbang berat ni. Pinjam je la penimbang berat kakak ipar.

Jejakkan kaki ke atas penimbang, tengok jarum... Jeng jeng jeng...

Mak aih dah jadi 73kg! Tinggi saya cumalah 150cm je. BMI jadi lebih kuran 32.4. Dah jadi obese type I kalau tak silap. Memang rasa sangat nak nanges time tu. Muka nampak tembam je. Baju yang pakai la nampak spare tyre kat perut. Size seluar jeans pakai 36. Nak beli baju? Ya ampun. Susah sangat. Beli size yang besar2 je. Sangat tak suka bila tengok cermin.

Saya yang baju putih oren tu. Baju tu size XXL yer. Sendat2 lagi. 

Dulu posing mesti nak tutup perut. 

OK. Sambung next post yer. Dah lambat nak tidur. :)

No comments:

Post a Comment