Tuesday, October 23, 2012

Biggest Loser Asia

Mari sambung cerita.

Kalau saya nak jujur-sejujurnya, walaupun dah tau berat dah cecah 73kg, perasaan nak kurus tu ada tapi takde lah membuak-buak sangat sampai nak pegi lari marathon waktu tu jugak. Satu hari ni, ada la seorang rakan sekuliah ni chat dengan saya di Gtalk (time tu malas nak berfacebook lagi ni). Saya dan rakan sekuliah ni takde la rapat sangat. Jadi bila dia buat komen, "Zita, ko taknak join biggest loser asia ke? Sesuai sangat dengan ko tu." dan gelak sepenuh hati (padahal dia taip hahahahahaha je), tak ke rasa sentap?

Waktu tu la semangat membuak-buak tu datang. Tapi, ketika tu masih lagi tak dapat kerja dan melepak kat rumah mak je. Nak join body slimming centre or makan pil ajaib or join gym memang sangat la tak mampu. Nak mintak duit dengan family, segan la pulak Nak pegi jogging kawasan rumah pulak, kawasan rumah saya tak pernah nampak walau seorang pun yang jogging kat sini sepanjang saya hidup. Sedikit malu yer kalau tiba-tiba je buat trend baru kat kampung ni. Hehe.

Apa yang saya ada cumalah laptop dan internet. Jadi saya mula la cari video-video exercise kat youtube. Support group saya cumalah mak saya. Mak saya pun dah faham niat saya nak kurus ni. Die pun dah start control makan saya. Nasi sikit, protein banyak, sayur pun dah berjinak-jinak untuk makan dengan penuh setia. Setiap hari buat exercise paling minimum sejam. Seminggu akan buat 5 hari. Saya jugak mula minum green tea, lebih kurang 4-6 cawan dan juga makan epal hijau sebelum setiap meal.

Minuman ringan dan fast food saya cuba kurangkan. Kalau kadang-kadang mengidam nak makan KFC tu, saya beli je yg meal untuk kanak-kanak. Selamat tinggal snack plate dan sayonara BigMac. Nasib baik la saya jenis yang tak suka sangat makan biskut ataupun junk food seperti jajang tu. Fuhh selamat. Senang sikit nak kawal junk food tu.

Segala usaha gigih saya tu menampakkan hasil selepas beberapa bulan. Lebih kurang 6 bulan saya berjaya kurangkan 8kg kepada 65kg. Perasaan seronok tu memang susah sangat nak explain.

Susah sikit nak cari gambar yang full camni. Dulu tak suka sangat amik gambar full.

Setelah hampir 5 bulan menanam anggur, akhirnya sampai lah surat yang ditunggu. Saya dapat tawaran kerja di Miri, Sarawak. Jauh oi! Tapi dah rezeki kat sana, terima je la tawaran tu.

Nak sesuaikan diri dengan kawasan baru, jauh dengan family dan kerja-kerja remeh yang selalu ditai-chikan kepada junior, sayonara lagi kepada semua exercise. Hello kembali kepada jadual pemakanan yang tak menentu. Green tea? Apa tu? Epal hijau? Wujud yer? Senaman? Breakfast? Nasi sedikit? Semua hanya tinggal angan-angan.

Breakfast sangat jarang ambil. Kalau ada ambil pun, hentam je mee goreng, mee jawa dan yang lebih kurang sama. Agak kerap juga la skip breakfast ni. Kalau dah tak sempat nak breakfast, waktu lunch memang sah akan menggunung pinggan sebab lapar. Yer, saya dah terbabas. Pendek kata, saya kembali ke lifestyle lama.

Alarm warning dalam badan dah start berbunyi. Saya cuba lagi untuk pergi jogging selepas waktu kerja dengan sorang kawan. Bila kawan pun dah tak minat, saya pun jadi malas sama. Lagipun dekat Miri banyak anjing. Saya takuttttttt anjing! Rasanya saya dan jogging ni memang takde jodoh.

Sedar tak sedar, berat dah jadi 68kg balik. Takkan la sejarah nak berulang lagi kan?

Jadi macam mana?

No comments:

Post a Comment