Tuesday, October 23, 2012

Saat Mengenali Herbalife

Baru bangun dah segar. So boleh sambung cerita lagi. :)

Last post dah masuk pasal hidup berkerjaya. Dengan penat pergi kerja dan kadang-kadang masa pulang ke rumah yang tak tetap, segala senaman yang saya buat selama ni memang dah ditolak ke tepi. Sekarang dah dapat gaji yang tetap dan ada sedikit balance selepas bayar semua yang patut, saya mula terfikir nak invest sikit dalam kisah nak turunkan berat badan ni.

Terfikir la nak pergi ke slimming centre sebab macam cepat je kan diorang kurangkan fat tu. Tapi terfikir lagi, bayar beribu-ribu, berbaloi ke? Memang la boleh kurangkan fat tu dalam masa yang cepat, tapi boleh ke nak maintain? Takkan la setiap kali berat naik, kena join balik slimming centre kan? Kalau camtu, kahwin dengan anak raja pun belum tentu boleh maintain. Hehe.

Okay. Abaikan je slimming centre. Next ape pulak? Pil kuruskan badan? Ada terfikir jugak. Dalam pasaran di Malaysia ni, banyak je jual pil or jus nak kuruskan badan. Tapi bila fikirkan yang pil dan jus tersebut just jual di kiosk-kiosk kat shopping centre, timbul la rasa musykil. Ministry of Health approved ke semua pil-pil ni? Bila buat research, banyak la pulak yang buruk dari baik nya. Ada yang cakap turun dengan penuh hebat tapi naik pun dengan penuh hebat. Eh tak perlu lah refer to encik Google. Sepupu saya sendiri pun jadi mangsa pil-pil kurus ni.

Slimming tea pulak macam mana? Eh takpe je la. Saya tak larat nak cirit-birit setiap masa. Malu pulak bila ada orang cari kat ofis and officemate cakap, "Rezita pergi toilet la tu. Cuba cari dia kat toilet.". No no no.


Saya memang mudah skeptical atau was-was. Lagipun apa yang saya nak adalah lifestyle change, bukan sekadar nak kurus jer. Taknak la kan seronok sebab dapat kurus tu sekejap je. Nak la perasaan seronok tu kekal lama. Betul tak?

Kebetulan pulak, ada la seorang kawan dekat ofis ni cerita pasal seorang officemate yang berjaya kurangkan berat badan. Satu office tahu pasal dia berjaya kurangkan berat badan. Teruja la saya! Sebenarnya saya dah terlupa macam mana saya kenal si Saleha ni (Hi Leyha!). Awal-awal dia bercerita pasal Herbalife ni, saya masih jugak was-was. Tapi, dia suruh fikir-fikir dulu dan pertimbangkan dulu. Saya suka sebab dia bukannya promote dan paksa saya beli. Kalau paksa-paksa ni, saya mula fikir ni kes nak cari duit ke ape? Hihi.

Balik rumah, saya tanya Encik Google lagi. Lama juga la bersembang dengan Encik Google ni. Pastu dapat tahu pula ada lagi officemates lain yang guna Herbalife dan diorang semua pun takde bagi negative feedback. Semua testimoni yang OK jer.

Eh tempted la pulak. Tak percaya lagi dengan Encik Google, tanya pula dengan mak. Mak saya ni jenis sama dengan saya, mudah rasa was-was dengan produk yang takde credibiliti. Mak pun cakap dia pernah dengar pasal Herbalife ni dan bagai cadangan suruh cuba dulu. Adakah ini petanda yang tak harus diabaikan? 

Keesokan hari jugak saya pergi cari si Leyha ni dan order satu Start Now Pack (SNP). 

Dalam Start Now Pack ni, ada;

1 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder 
1 Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
1 Tea Mix 
1 Sudu Herbalife yang comel

Bila dah sampai je SNP ni kat depan mata, si Leyha ni ajar step by step camne nak guna. Dia juga akan monitor lah saya punya food intake. Setiap hari tanya makan apa. Kadang-kadang rasa rimas pun ada. :P

Fastfoward cerita ni, saya berjaya turunkan 5kg dalam masa 2 bulan! 5kg dalam masa 2 bulan yer. Dulu 8kg dalam masa 6 bulan. Sekarang berat dah jadi 63kg. Lagi rendah daripada diet dan exercise zaman tanam anggur dulu. Tak rasa cam hebat ke Herbalife ni?

Kiri - Gambar yang diambil seminggu lepas. Kanan - Gambar yang diambil 6 bulan lepas (almost 69kg). Kedua-dua gambar memakai baju yang sama.

Saya masih lagi ingin menurunkan 8kg tuk mendapatkan BMI yang normal. Kalau anda nk join saya dan nak kurus, tapi anda tak tahu macam mana nak mulakan langkah atau tak yakin, boleh hubungi saya di rezita.redzuan@gmail.com atau SMS je di 012-3448840. Saya sedia membantu dan menjadi jurulatih peribadi anda! 

No comments:

Post a Comment