Wednesday, October 31, 2012

Herbalife Diet

Herbalife diet? 

Herbalife diet bermaksud pemakanan sihat dengan Herbalife. Bukan nya maksud ikat perut kelaparan dengan Herbalife.

Lain yer.

Herbalife berkesan ke kalau makan nasi?

Boleh je nak makan nasi. Biasalah rakyat Malaysia ni tak boleh makan kalau tak makan nasi. Dah jadi makanan ruji kan? Plus, nasi sedap ok.

Om nom nom.

Herbalife berkesan ke kalau tak exercise?

Taknak keeeeer body cam diorang ni? Hihi.

Actually, tak wajib pun exercise kalau ambil exercise. Tapi tak salah kalau nak exercise. Saya bersenam je hampir setiap hari. Tu pun sebab nak perasan ada body fit macam jillian michael. Eheh.

Tapi Herbalife berkesan je kalau ambil nasi dan tak exercise. Jangan risau yer.

So ape lagi? Hubungi laa saya di rezita.redzuan@gmail.com atau SMS/Whatsapp di 012-3448840 untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 24, 2012

Harga Herbalife

"Mahal ke harga Herbalife ni?"  

"Kawan saya cakap harga Herbalife ni mahal. Tak mampu nak beli."



Itu adalah statement yang biasa sangat saya dengar even before saya mula mengambil Herbalife. Sebenarnya harga Herbalife ni tidak lah mahal. 

Usually kalau kita breakfast nasi lemak, berapa kita akan belanja? Sebungkus nasi lemak mungkin harga dia RM2.50. Nampak ayam goreng pun sedap pulak. OK, tambah ayam goreng jugak. Dah jadi RM4.00. Kalau makan nasi lemak pagi-pagi ni, tak sah kalau takde teh tarik. Teh tarik pulak RM1.50. Total dah jadi RM5.50. 


Kalau dinner pula macam mana? Mungkin hari ni sedikit malas. Nak pergi beli nasi goreng kampung je dekat kedai berhampiran dengan rumah. Nasi goreng kampung harga lebih kurang RM5.00.


Maafkan saya kalau harga ni silap. Saya agak jarang ambil heavy meal waktu breakfast dan dinner. :)

Ini baru pasal harga makanan. Belom lagi start bercerita pasal comparison calorie antara makanan-makanan ni dengan shake Herbalife. Takpe. Itu post lain pulak.

Berbalik kepada harga Herbalife, boleh saya katakan berdasarkan experience sendiri yang harga breakfast dan dinner tersebut lebih mahal dari 2 kali kita mengambil shakes menggantikan breakfast dan dinner. 

Itu kalau kita tengok short term. Kalau long term pula bagaimana? Setiap hari makan nasi lemak, nasi goreng dan yang sama jenis macam tu, tak lama la tu nanti ada masalah kesihatan. Makanan di Malaysia memang selalunya tak balanced. Kalau dah tak balanced tu, senang la nak dapat penyakit macam diabetes, sakit jantung, kencing manis semua tu. Keluar pula duit nak treat penyakit-penyakit tu. 

So, memang la kalau kita tengok 1 SNP tu harga dia beratus. Tapi kalau kita pecahkan kepada jumlah consumption kita setiap hari, takde la mahal sangat. Lagipun nanti, medical cost pun akan kurang jugak. 

Kalau anda inginkan harga Herbalife dan senarai harga Herbalife ni, jangan lupa hubungi saya yer di rezita.redzuan@gmail.com atau SMS/Whatsapp 012-3448840.

Tuesday, October 23, 2012

Kurus Dengan Herbalife

Mari saya nak bercerita cara nak kurus dengan Herbalife ni. Sekarang tengah cuti tahunan so ada la sikit free time nak mengarang blog ni. :)

Tak susah pun nak kuruskan badan dengan Herbalife ni. 

Post yang sebelum ni ada sentuh sikit pasal Start Now Pack kan? Meh berkenalan dengan setiap product dalam Start Now Pack tu. 

1. Formula 1 Nutritious Soy Powder Drink
Ini adalah meal replacement. Kalau tak sempat nak breakfast, shake je F1 dan minum. Dah dapat dah semua zat dan nutrien. Kalau tak tau nak masak apa untuk dinner, haa, shake je F1 ni. F1 ni ade 5 perisa (Cappuccino, Dutch Chocolate, French Vanilla, Strawberry dan Tropical Fruit). Dalam ni ada lebih kurang 8.7 - 9.9 grams of protein daripada kacang soya. Protein kacang soya ni senang tau untuk rasa kenyang dengan cepat dan lama. Ohsem kan? Dalam F1 jugak ade 19 nutrien, vitamins dan mineral lain dalam tu. So kepada sape2 yang fikir, eh minum cam susu camni cukup ke sume nutrien? Tak perlu risau lagi. :)

2. Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder

Formula 3 ni guna untuk bina dan maintain muscle mass. Kita taknak la kan kurus tak nampak flabby dan tak fit. Tak menarik OK~ Kita (terutamanya orang perempuan) jangan takut dengan muscle ni. Takde la amik whey protein ni korang terus je jadi macam Malik Nor. No no no. Muscle ni penting. Kalau dah build muscle, nanti metabolisma jadi tinggi dan pembakaran kalori lagi senang. Mesti korang terfikir kan whey protein tu ape kan? Whey protein ni asal dia from milk. Bila kita proses milk tu untuk jadi keju, whey protein ni jadi produk sampingan keju tu. So boleh fikir macam keju tu product yang tak elok (sebab keju kan banyak fat. No no no) dan whey protein ni produk yang superb. Yay!

3. Teamix

Teamix ni sangat membantu untuk kita jadi kekal bertenaga sepanjang hari. Kalau dah mengantuk tu, boleh je minum teamix ni. Dalam teamix ni ada extract green tea. Kalau sesiapa yang dah biasa dengan weight loss ni, mesti tau green tea ni sangat membantu untuk kurangkan berat badan. Green tea ni meningkatkan metabolisma kita. Bila metabolisma dah tinggi, senang la nak bakar kalori. Best kan?

Jadi macam mana pula dengan menu makanan Herbalife ni?

Apa yang saya amalkan adalah seperti berikut:

Breakfast: Shake 2 scoops of F1 dan 1 scoop F3
Morning Break: Buah dan teamix
Lunch: Makan jer normal meal
Tea Break: Buah dan teamix
Dinner: Shake 2 scoops of F1 dan 1 scoop F3

Senang je kan? Oh, jangan lupa. Air mesti mencukupi selepas minum teamix tu. :)

Nak tahu dengan lebih lanjut? Hubungi lah saya di rezita.redzuan@gmail.com atau SMS/Whatsapp 012-3448840.

Saat Mengenali Herbalife

Baru bangun dah segar. So boleh sambung cerita lagi. :)

Last post dah masuk pasal hidup berkerjaya. Dengan penat pergi kerja dan kadang-kadang masa pulang ke rumah yang tak tetap, segala senaman yang saya buat selama ni memang dah ditolak ke tepi. Sekarang dah dapat gaji yang tetap dan ada sedikit balance selepas bayar semua yang patut, saya mula terfikir nak invest sikit dalam kisah nak turunkan berat badan ni.

Terfikir la nak pergi ke slimming centre sebab macam cepat je kan diorang kurangkan fat tu. Tapi terfikir lagi, bayar beribu-ribu, berbaloi ke? Memang la boleh kurangkan fat tu dalam masa yang cepat, tapi boleh ke nak maintain? Takkan la setiap kali berat naik, kena join balik slimming centre kan? Kalau camtu, kahwin dengan anak raja pun belum tentu boleh maintain. Hehe.

Okay. Abaikan je slimming centre. Next ape pulak? Pil kuruskan badan? Ada terfikir jugak. Dalam pasaran di Malaysia ni, banyak je jual pil or jus nak kuruskan badan. Tapi bila fikirkan yang pil dan jus tersebut just jual di kiosk-kiosk kat shopping centre, timbul la rasa musykil. Ministry of Health approved ke semua pil-pil ni? Bila buat research, banyak la pulak yang buruk dari baik nya. Ada yang cakap turun dengan penuh hebat tapi naik pun dengan penuh hebat. Eh tak perlu lah refer to encik Google. Sepupu saya sendiri pun jadi mangsa pil-pil kurus ni.

Slimming tea pulak macam mana? Eh takpe je la. Saya tak larat nak cirit-birit setiap masa. Malu pulak bila ada orang cari kat ofis and officemate cakap, "Rezita pergi toilet la tu. Cuba cari dia kat toilet.". No no no.


Saya memang mudah skeptical atau was-was. Lagipun apa yang saya nak adalah lifestyle change, bukan sekadar nak kurus jer. Taknak la kan seronok sebab dapat kurus tu sekejap je. Nak la perasaan seronok tu kekal lama. Betul tak?

Kebetulan pulak, ada la seorang kawan dekat ofis ni cerita pasal seorang officemate yang berjaya kurangkan berat badan. Satu office tahu pasal dia berjaya kurangkan berat badan. Teruja la saya! Sebenarnya saya dah terlupa macam mana saya kenal si Saleha ni (Hi Leyha!). Awal-awal dia bercerita pasal Herbalife ni, saya masih jugak was-was. Tapi, dia suruh fikir-fikir dulu dan pertimbangkan dulu. Saya suka sebab dia bukannya promote dan paksa saya beli. Kalau paksa-paksa ni, saya mula fikir ni kes nak cari duit ke ape? Hihi.

Balik rumah, saya tanya Encik Google lagi. Lama juga la bersembang dengan Encik Google ni. Pastu dapat tahu pula ada lagi officemates lain yang guna Herbalife dan diorang semua pun takde bagi negative feedback. Semua testimoni yang OK jer.

Eh tempted la pulak. Tak percaya lagi dengan Encik Google, tanya pula dengan mak. Mak saya ni jenis sama dengan saya, mudah rasa was-was dengan produk yang takde credibiliti. Mak pun cakap dia pernah dengar pasal Herbalife ni dan bagai cadangan suruh cuba dulu. Adakah ini petanda yang tak harus diabaikan? 

Keesokan hari jugak saya pergi cari si Leyha ni dan order satu Start Now Pack (SNP). 

Dalam Start Now Pack ni, ada;

1 Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder 
1 Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
1 Tea Mix 
1 Sudu Herbalife yang comel

Bila dah sampai je SNP ni kat depan mata, si Leyha ni ajar step by step camne nak guna. Dia juga akan monitor lah saya punya food intake. Setiap hari tanya makan apa. Kadang-kadang rasa rimas pun ada. :P

Fastfoward cerita ni, saya berjaya turunkan 5kg dalam masa 2 bulan! 5kg dalam masa 2 bulan yer. Dulu 8kg dalam masa 6 bulan. Sekarang berat dah jadi 63kg. Lagi rendah daripada diet dan exercise zaman tanam anggur dulu. Tak rasa cam hebat ke Herbalife ni?

Kiri - Gambar yang diambil seminggu lepas. Kanan - Gambar yang diambil 6 bulan lepas (almost 69kg). Kedua-dua gambar memakai baju yang sama.

Saya masih lagi ingin menurunkan 8kg tuk mendapatkan BMI yang normal. Kalau anda nk join saya dan nak kurus, tapi anda tak tahu macam mana nak mulakan langkah atau tak yakin, boleh hubungi saya di rezita.redzuan@gmail.com atau SMS je di 012-3448840. Saya sedia membantu dan menjadi jurulatih peribadi anda! 

Biggest Loser Asia

Mari sambung cerita.

Kalau saya nak jujur-sejujurnya, walaupun dah tau berat dah cecah 73kg, perasaan nak kurus tu ada tapi takde lah membuak-buak sangat sampai nak pegi lari marathon waktu tu jugak. Satu hari ni, ada la seorang rakan sekuliah ni chat dengan saya di Gtalk (time tu malas nak berfacebook lagi ni). Saya dan rakan sekuliah ni takde la rapat sangat. Jadi bila dia buat komen, "Zita, ko taknak join biggest loser asia ke? Sesuai sangat dengan ko tu." dan gelak sepenuh hati (padahal dia taip hahahahahaha je), tak ke rasa sentap?

Waktu tu la semangat membuak-buak tu datang. Tapi, ketika tu masih lagi tak dapat kerja dan melepak kat rumah mak je. Nak join body slimming centre or makan pil ajaib or join gym memang sangat la tak mampu. Nak mintak duit dengan family, segan la pulak Nak pegi jogging kawasan rumah pulak, kawasan rumah saya tak pernah nampak walau seorang pun yang jogging kat sini sepanjang saya hidup. Sedikit malu yer kalau tiba-tiba je buat trend baru kat kampung ni. Hehe.

Apa yang saya ada cumalah laptop dan internet. Jadi saya mula la cari video-video exercise kat youtube. Support group saya cumalah mak saya. Mak saya pun dah faham niat saya nak kurus ni. Die pun dah start control makan saya. Nasi sikit, protein banyak, sayur pun dah berjinak-jinak untuk makan dengan penuh setia. Setiap hari buat exercise paling minimum sejam. Seminggu akan buat 5 hari. Saya jugak mula minum green tea, lebih kurang 4-6 cawan dan juga makan epal hijau sebelum setiap meal.

Minuman ringan dan fast food saya cuba kurangkan. Kalau kadang-kadang mengidam nak makan KFC tu, saya beli je yg meal untuk kanak-kanak. Selamat tinggal snack plate dan sayonara BigMac. Nasib baik la saya jenis yang tak suka sangat makan biskut ataupun junk food seperti jajang tu. Fuhh selamat. Senang sikit nak kawal junk food tu.

Segala usaha gigih saya tu menampakkan hasil selepas beberapa bulan. Lebih kurang 6 bulan saya berjaya kurangkan 8kg kepada 65kg. Perasaan seronok tu memang susah sangat nak explain.

Susah sikit nak cari gambar yang full camni. Dulu tak suka sangat amik gambar full.

Setelah hampir 5 bulan menanam anggur, akhirnya sampai lah surat yang ditunggu. Saya dapat tawaran kerja di Miri, Sarawak. Jauh oi! Tapi dah rezeki kat sana, terima je la tawaran tu.

Nak sesuaikan diri dengan kawasan baru, jauh dengan family dan kerja-kerja remeh yang selalu ditai-chikan kepada junior, sayonara lagi kepada semua exercise. Hello kembali kepada jadual pemakanan yang tak menentu. Green tea? Apa tu? Epal hijau? Wujud yer? Senaman? Breakfast? Nasi sedikit? Semua hanya tinggal angan-angan.

Breakfast sangat jarang ambil. Kalau ada ambil pun, hentam je mee goreng, mee jawa dan yang lebih kurang sama. Agak kerap juga la skip breakfast ni. Kalau dah tak sempat nak breakfast, waktu lunch memang sah akan menggunung pinggan sebab lapar. Yer, saya dah terbabas. Pendek kata, saya kembali ke lifestyle lama.

Alarm warning dalam badan dah start berbunyi. Saya cuba lagi untuk pergi jogging selepas waktu kerja dengan sorang kawan. Bila kawan pun dah tak minat, saya pun jadi malas sama. Lagipun dekat Miri banyak anjing. Saya takuttttttt anjing! Rasanya saya dan jogging ni memang takde jodoh.

Sedar tak sedar, berat dah jadi 68kg balik. Takkan la sejarah nak berulang lagi kan?

Jadi macam mana?

Sunday, October 21, 2012

Suatu Masa Dahulu

Kisah perang dengan kegemukan ni bermula time zaman sekolah rendah lagi. Masa sekolah rendah dah sedar saiz badan lagi besar dari kawan2 lain. Siap ade budak2 laki yang cakap "Rezita bontot besar!".

ㅠㅠ

Tapi ye la, zaman hingusan dulu mana kesah sangat pasal nak turunkan berat ni. Tau nak makan je. Family lak suka je sumbatkan makanan dalam mulut. Family pun selalu je cakap jangan membazir makanan. So, mana2 je makanan yang letak dalam pinggan, sume gerenti licin. Kalau lauk favourite, gerenti tambah nasi.

Masuk sekolah menengah, masih lagi tade kesedaran nak kurus. Makan pun belasah je. Rasa nak makan mee goreng satu pinggan waktu rehat, belasah jer. Tambah pulak dengan milo ais segelas. Saya dari dulu lagi tak pernah aktif dalam sukan. Ade je alasan setiap kali ada hari sukan or latihan kawad. Konon ada extra class laa, extra music training la. Mana la badan tak dipam-pam.

Saya yang pegang camera. Ini gambar ketika Form 4. Tengok la kawan2 lain semua kecik2 jer.

Dulu pernah la suka kat sorang lelaki ni kat sekolah menengah. Ada la kawan2 dia bagitau kat budak lelaki tu. Budak tu beria la cari yang mana satu minah yang suka die ni. Bile die dah kenal, terdengar la pulak die cakap kat kawan die, "Rezita tu? Taknak lah. Gemuk." OK. Sedih. Tapi tak kesah sangat pun. Selalu je pikir, ala takpe gemuk asalkan happy dan dapat makan sedap-sedap tiap-tiap hari.

Senangnye pemikiran time muda-muda dulu.

Bila dah masuk uni, kesedaran dah timbul sikit. Start la diet ntah pape. Lagipun time tu nak simpan duit nak beli handphone jugak. So dalam diet tu dapat la jugak simpan duit. Menu hari2, biskut kering dan roti makan dengan jem. Konon nak sihat beli jem yang sugar free. Kalau makan nasi pulak, sikit sangat. Lauk pun sikit. Sayur pulak tak ambil. Sangat tak sihat. Dalam beberapa bulan, turun la dalam 8kg. Tapi bila cuti sem je, mak sumbat balik dengan makanan sedap. Akhirnya, handphone baru tu dapat la tapi berat pulak naik balik. Kalau setakat naik 8kg tu, boleh tahan lagi. Ni ade pulak tambahan lagi 3kg. Tak ke rasa nak nanges.

Ni gambar first year kat uni. Comel kan? *sobs*

Dekat2 final semester mula la berjinak dengan jogging kat kampus. Tapi tu pun hangat-hangat tahi ayam. Berapa kali je pegi jogging. Pastu give up jugak.

Masa zaman sekolah and uni dulu takde duit nak beli product kelangsingan ni. So niat nak kurus tu berkubur je la.

Nak dijadikan cerita, lepas je final semester, rasa tergerak hati nak timbang berat. Dulu saya tak gila sangat dengan nak timbang berat ni. Pinjam je la penimbang berat kakak ipar.

Jejakkan kaki ke atas penimbang, tengok jarum... Jeng jeng jeng...

Mak aih dah jadi 73kg! Tinggi saya cumalah 150cm je. BMI jadi lebih kuran 32.4. Dah jadi obese type I kalau tak silap. Memang rasa sangat nak nanges time tu. Muka nampak tembam je. Baju yang pakai la nampak spare tyre kat perut. Size seluar jeans pakai 36. Nak beli baju? Ya ampun. Susah sangat. Beli size yang besar2 je. Sangat tak suka bila tengok cermin.

Saya yang baju putih oren tu. Baju tu size XXL yer. Sendat2 lagi. 

Dulu posing mesti nak tutup perut. 

OK. Sambung next post yer. Dah lambat nak tidur. :)